Komunikasi

From mediawiki.org
This page is a translated version of the page Communication and the translation is 100% complete.

Hubungi pengguna dan pembangun MediaWiki lain, atau untuk ikuti berita dan cerita berkait Wikimedia dan MediaWiki.

Dapatkan bantuan atau sokongan

Forum

Dapatkan bantuan dalam menggunakan dan memasang MediaWiki:

Bertanya soalan berkaitan dengan pemasangan MediaWiki bukan-Wikipedia.

Dapatkan bantuan sebagai ahli komuniti Wikimedia untuk soalan teknikal berkaitan dengan wiki Wikimedia anda.

Forum pengguna MediaWiki. (tidak rasmi)

Hantar di Stackexchange.com, ditandakan dengan #mediawiki. (tidak rasmi)

Topik MediaWiki di Reddit. (tidak rasmi)

Sembang

Dapatkan bantuan dalam masa nyata di pelayan bersembang. Ianya disusunkan mengikut aktiviti.

Bincang mengenai pemasangan wiki, operasi, grafik, pembangunan langganan. (tidak rasmi) Ketahui dengan lebih lanjut.

Saluran IRC
  • Tanya soalan teknikal mengenai MediaWiki menerusi saluran #mediawiki connect dalam libera.chat.
  • Untuk soalan berkaitan pembangunan aplikasi MediaWiki, tanya di saluran #wikimedia-dev connect.
  • Untuk soalan berkaitan teknikal dan pembangunan laman web Wikimedia, tanya di saluran #wikimedia-tech connect.

Ketahui dengan lebih lanjut.

Dapatkan bantuan dan bincang sebagai pemohon atau peserta Wikimedia Outreach programs . Ketahui dengan lebih lanjut.

Terdapat banyak saluran sembang tersedia di Telegram.

Senarai mel

Kandungan untuk penghantaran melalui emel:

Untuk permintaan bantuan dalam penggunaan atau memasang MediaWiki serta pengumuman mengenai kemaskini terbaru, nyahpepijat dan isu sekuriti mediawiki-l.

Perbincangan mengenai pembangunan teknikal dan organisasi projek-projek Wikimedia wikitech-l.

Terdapat banyak mailing lists tersedia.

Melaporkan pepijat aplikasi dan permintaan ciri baru

Laporan dan pencarian pepijat serta permintaan ciri untuk kebanyakkan aplikasi Wikimedia di Phabricator .

Hubungi pengendali aplikasi

Senarai pengendali aplikasi Wikimedia boleh dilihat di Developers/Maintainers . Anda boleh meninggalkan mesej di laman perbincangan mereka atau hantar emel untuk berhubung dengan mereka.

Jika anda tidak dapat mencari pengendali projek yang anda nampak di Developers/Maintainers , sila cuba cari pengendali di laman projek aplikasi di mediawiki.org, pemilik projek di Phabricator , atau penyumbang projek di Gerrit .

Belajar, jelajah dan ikuti

Sentiasa maklum akan berita dan perubahan.

Senarai mel

Langgani pemberitahuan melalui emel:

mediawiki-announce ialah pemberitahuan mengenai kemaskini terbaru MediaWiki dan kemaskini sekuriti (kesemua mesej juga akan masuk ke mediawiki-l).

wikitech-ambassadors ialah pemberitahuan mengenai makluman penting kepada perubahan teknikal yang berlaku dalam laman web Wikimedia. Senarai ini ditujukan kepada pengguna biasa wiki Wikimedia, dan bukannya aplikasi MediaWiki secara umumnya. Anda juga boleh ikuti pengumuman ini di wiki Wikimedia melalui Berita Teknologi.

Sertai kumpulan dengan minat yang sama

MediaWiki Stakeholders' Group bertujuan untuk menyokong keperluan pengguna MediaWiki.

Kumpulan pengguna Ladang MediaWiki ialah sekumpulan pembangun yang melakukan kerja-kerja terhadap ladang wiki.

Kumpulan pengguna ialah kumpulan terbuka yang disusun mengikut tema dan sudut minat.

Special Interest Groups ialah kumpulan tersusun yang lebih kecil yang memfokuskan kepada permasalahan teknikal secara bersama.

Media sosial

Ikuti akaun kami:

Berita dari ahli komuniti MediaWiki (butiran lanjut).

@MediaWiki di Twitter

Berita dari projek MediaWiki.

MediaWiki di Facebook

Berita dari projek MediaWiki.

@WikimediaTech di Twitter

Berita dari gerakan teknikal Wikimedia.

@watchmediawiki di YouTube

Video dan acara yang distrim berkaitan dengan teknologi MediaWiki dan Wikimedia.

Blog

Baca cerita:

Blog Teknologi Wikimedia berkongsi cerita dari komuniti teknikal Wikimedia dari seluruh dan luar daripada teknologi Wikimedia.

Kumpulan blog Planet Wikimedia Inggeris mengandungi catatan projek Wikimedia yang bercampur-campur aspek di antara teknikal dan bukan teknikal.

Surat berita

Langgani surat berita Wikimedia yang merangkumi beberapa sudut minat teknikal. Anda mungkin ingin menyemak arkib terlebih dahulu bagi melihat seberapa aktif surat berita tersebut.

Kongsi pengetahuan anda

Wikimedia Technical Talks

Memberi ceramah teknikal secara persembahan video. (dihentikan buat sementara)