Manual:Keperluan pemasangan

From mediawiki.org
This page is a translated version of the page Manual:Installation requirements and the translation is 100% complete.

Selain daripada aplikasi MediaWiki itu sendiri, anda memerlukan:

Sebagai tambahan, terdapat pelbagai kebergantungan pilihan yang akan diperlukan jika anda ingin menggunakan ciri lanjutan tertentu (lihat di bawah).

Jika anda menggunakan perkhidmatan pengehosan laman web (cth. anda tidak memiliki kawalan langsung ke atasnya), sila hubungi pentadbir sistem atau syarikat pengehosan anda untuk memastikan pakej-pakej perisian ini telah dipasang dan tersedia.

Untuk menjalankan skrip penyelenggaran MediaWiki, anda memerlukan akses kepada garis perintah.

Pemasangan secara muat turun

Jika anda menggunakan Linux, amat digalakkan untuk memasang pelayan web Apache, PHP dan pelayan pangkalan data MariaDB dengan menggunakan pengurus pakej (package manager). Untuk Debian dan Ubuntu, lakukan perkara berikut:

sudo apt-get install apache2 mariadb-server php php-intl php-mbstring php-xml php-apcu php-curl php-mysql
Perisian longgokan

Bagi sistem pengendalian yang lain, gunakan perisian longgokan seperti XAMPP dari https://www.apachefriends.org bagi pemasangan dan konfigurasi kesemua pakej penting – pelayan web Apache, PHP, dan MariaDB – dengan hanya sekali muat turun. Ia tersedia untuk Linux, Windows, Mac dan Solaris. Setakat Januari 2021, versi terkini XAMPP tersedia dengan PHP 8.0 (MediaWiki memerlukan sekurang-kurangnya 7.4.3).

Sebagai alternatif, jika anda menggunakan sistem pengendalian MacOS, anda boleh menggunakan MAMP, yang bersamaan dengan XAMPP. MAMP mengandungi keupayaan untuk menjalankan pelayar web Apache dan pangkalan data MySQL. Ia tersedia bagi kedua-dua Windows dan Mac, namun biasanya digunakan untuk Mac, berbanding dengan Windows.

Pelayar web

Bagi menyediakan laman wiki untuk pelayar web, MediaWiki memerlukan beberapa perisian pelayan web (web server). Selalunya anda tidak mempunyai pilihan akan perisian yang akan digunakan – biasa disediakan oleh syarikat pengehosan anda.

MediaWiki diserasikan secara meluas dengan kebanyakkan pelayan web utama yang berupaya memanggil versi PHP yang serasi. Kebanyakkan pemasangan adalah menggunakan pelayan web Apache HTTPD. Nginx (contoh konfigurasi) adalah pilihan yang baik juga.

PHP

PHP ialah bahasa aturcara di mana MediaWiki dibangunkan, dan diperlukan untuk menjalankan fungsi-fungsi aplikasi tersebut.

  • Untuk versi stabil terkini MediaWiki, sekurang-kurangnya PHP 7.4.3 diperlukan. Lihat laman Compatibility untuk maklumat lanjut.
MediaWiki tidak sesuai dengan PHP 7.4.0 - 7.4.2 kerana masalah pepijat huluan. Gunakan PHP 7.4.3+ sebaliknya. Lihat task T246594 untuk maklumat lanjut.
Jika menggunakan PHP 8, disarankan agar menggunakan MediaWiki versi 1.38.4 atau kehadapan. PHP 8 tidak digunakan dalam wiki Wikimedia, oleh itu ianya tidak diuji secukupnya, namun terdapat kumpulan yang menggunakan MediaWiki dengan PHP 8 tanpa masalah. Jika anda berdepan dengan masalah pepijat semasa menggunakan MediaWiki dengan PHP 8, sila laporkan. Lihat task T248925 untuk maklumat lanjut.
  • Sambungan berikut adalah diperlukan:
    • dom - diperlukan sejak MW 1.34
    • intl - diperlukan sejak MW 1.36
    • mbstring - diperlukan sejak MW 1.27, disarankan dalam versi terdahulu.
    • xml - diperlukan sejak MW 1.27, disarankan dalam versi terdahulu.
    • xmlreader - diperlukan sejak MW 1.36
  • Sambungan berikut adalah disarankan sebagai tambahan kepada yang diperlukan:
  • MediaWiki hanya memerlukan sambungan PHP yang telah diaktifkan dalam PHP secara asal. Jika syarikat pengehosan anda menyediakan persekitaran LAMP asas tanpa sambungan itu, anda mungkin perlu memasang atau mengaktifkannya secara manual.
    • Untuk Debian/Ubuntu, garis perintah berikut akan memasang kesemua sambungan PHP yang disarankan seperti yang disenaraikan di atas:
      sudo apt-get install php php-intl php-mbstring php-xml php-apcu php-curl
  • Untuk syarikat pengehosan yang menawarkan panel kawalan seperti cPanel, anda selalunya boleh memilih "Pilihan Versi PHP" (PHP Selector) untuk mengaktifkan sambungan-sambungan itu. (Sebagai contoh, selepas melihat mesej "You are missing a required extension to PHP that MediaWiki requires to run. Please install: intl")
  • Bagi kebanyakkan edaran berasaskan Debian/Ubuntu, pakej php-mysql diperlukan jika anda ingin MediaWiki menggunakan MySQL.
  • Beberapa ciri MediaWiki mungkin memerlukan fungsi PHP yang melaksanakan proses luaran, seperti janaan imej kecil, di mana biasanya pengehosan murah menyahaktifkan fungsi-fungsi ini. Sila pertimbangkannya jika anda merancang untuk memasang MediaWiki dalam pengehosan bersama.
  • Sambungan MediaWiki mungkin memerlukan ciri PHP tambahan, cth. VisualEditor memerlukan sokongan libcurl (atau php-curl bagi edaran berasaskan Debian/Ubuntu).

Jika anda ingin melakukan susunan PHP dari sumber, sila lihat PHP configuration untuk pilihan susunan yang memberi kesan kepada MediaWiki.

Pelayan pangkalan data

MediaWiki menyimpan kesemua teks dan data (kandungan laman, maklumat pengguna, mesej sistem, dll.) dalam pangkalan data, di mana ia berupaya untuk berkongsi dengan aplikasi berteraskan web yang lain (phpBB, dll.). Anda hanya memerlukan satu sahaja dari senarai pelayan pangkalan data berikut untuk menjalankan versi terkini MediaWiki:

Penggunaan MariaDB atau MySQL adalah disarankan kerana Wikimedia sendiri menggunakan MariaDB. Pelayan pangkalan data yang lain tidak diuji secukupnya dan anda berkemungkinan menemui beberapa pepijat.

MediaWiki tidak lagi menyokong penggunaan Oracle atau Microsoft SQL Server sejak versi 1.34 .

Beberapa pengguna merasakan pemasangan perisian panel kawalan tambahan seperti phpMyAdmin (MySQL/MariaDB) atau phpPgAdmin (PostgreSQL) adalah sangat berguna bagi membantu mentadbir pelayan pangkalan data ini. Beberapa hosting services juga menawarkan perisian itu.

Keperluan perkakasan

Keperluan minima yang disarankan adalah memori sebanyak 256MB RAM untuk laman web komputer tunggal dan storan sebanyak 85MB, walaupun ini tidak mencukupi bagi laman awam yang sibuk atau laman yang mengaktifkan fungsi muat naik. Beberapa pengguna melaporkan mereka menjalankan MediaWiki dalam komputer dengan memori sekecil 48MB RAM.

Kebergantungan pilihan

Lihat juga