Aplikasi Wikimedia/Pasukan/Cabaran Bacaan Hari Lahir Ke-25
This page in a nutshell: Pasukan Aplikasi Mudah Alih merancang untuk memperkenalkan satu cabaran bacaan jangka pendek yang bersifat percubaan sempena sambutan hari lahir ke-25 Wikipedia. Cabaran ini menggalakkan pembaca membuka dan membaca sekurang-kurangnya satu rencana setiap hari sambil membina rentetan (streak) bacaan sehingga mencapai sasaran 25 hari membaca. |
Latar belakang
Untuk meraikan seperempat abad Wikipedia, maskot khas hari lahir ke-25, Baby Globe telah diperkenalkan. Pembaca mula mengenali Baby Globe melalui satu ciri kempen jangka pendek yang dikenali sebagai “mod Hari Jadi”, iaitu pengguna laman web Wikipedia melihat kemunculan mengejut Baby Globe pada beberapa rencana terpilih.
Halaman ini menerangkan satu lagi ciri jangka pendek yang bersifat sambutan dan percubaan: cabaran bacaan ulang tahun ke-25 untuk pengguna aplikasi mudah alih yang menampilkan Baby Globe.
Ramai pembaca membuka aplikasi Wikipedia apabila mereka memerlukan maklumat, namun tidak ramai yang membina tabiat untuk kembali menggunakannya secara konsisten. Kajian daripada beberapa percubaan terdahulu, termasuk eksperimen Sorotan Tahunan dan Tab Aktiviti menunjukkan bahawa pengguna gemar melihat ringkasan aktiviti serta perkembangan penggunaan mereka di Wikipedia.
Cabaran Bacaan ini direka untuk menggalakkan satu tabiat harian yang mudah: membaca satu rencana Wikipedia setiap hari. Melalui pengenalan pembilang rentetan bacaan, penjejak kemajuan yang jelas, serta ganjaran ringan, ciri ini bertujuan menggalakkan pembaca kembali menggunakan aplikasi secara konsisten.
Konsep ini diilhamkan daripada cabaran bacaan yang sering dianjurkan oleh perpustakaan dan sekolah iaitu peserta perlu melengkapkan sasaran bacaan harian dalam tempoh tertentu.
Bagaimana ciri ini berfungsi?
Sertai cabaran
Apabila pengguna membuka aplikasi semasa tempoh cabaran, mereka akan melihat pengumuman yang mengundang mereka untuk mengambil bahagian. Pengguna yang log masuk boleh menyertai dengan segera. Pengguna yang belum log masuk akan diminta untuk log masuk atau mencipta akaun supaya kemajuan mereka dapat dijejak.
Readers can join the challenge between and .
Bacaan harian
Peserta membina rentetan mereka dengan membuka sekurang-kurangnya satu rencana Wikipedia setiap hari. Matlamat adalah untuk membaca dalam 25 hari berturut-turut dalam tempoh cabaran.
Menjejak kemajuan
Pengguna boleh memantau rentetan bacaan mereka melalui widget Cabaran Bacaan. Widget ini akan memaparkan bilangan hari yang telah diselesaikan serta sama ada pengguna telah membaca rencana pada hari semasa.
Mengekalkan rentetan
Jika peserta terlepas satu hari, rentetan bacaan mereka akan berakhir. Jika tempoh cabaran masih berlangsung, mereka boleh memulakan rentetan baharu.
Penyelesaian cabaran
Peserta yang mencapai 25 hari bacaan berturut-turut akan menerima ganjaran secara automatik. Peserta yang tidak menamatkan cabaran masih boleh melihat rentetan terbaik mereka serta kemajuan keseluruhan.
Reka bentuk
-
Pengumuman aplikasi
-
Tambah widget
-
Sertai cabaran
-
Rentetan semasa
-
Rentetan terputus
-
Cabaran selesai
Demo videos
Soalan Lazim
How do I install the Widget?
- On Android Devices, long-press on your home screen until a menu pops up. Tap on Widgets, and then search for "Wikipedia". Tap on the Wikipedia App, and then long-press on the Reading Challenge widget to drag it onto your home screen.
- On iOS Devices, long-press on your home screen until a menu appears at the top. Tap Edit > Add widget. Search for "Wikipedia" and then tap on the App. Swipe through widgets until you see the Reading Challenge and then tap "Add Widget".
|
|
|
How do I join the challenge?
Follow the instructions above for installing a widget, and then tap "Join challenge" on the widget. Then tap "Join challenge again" in the app again.
Bolehkah saya terus menggunakan aplikasi tanpa menyertai cabaran?
Ya. Penyertaan adalah pilihan dan tidak menjejaskan penggunaan biasa aplikasi Wikipedia.
Adakah saya memerlukan akaun untuk menyertai cabaran?
Ya, akaun diperlukan supaya aplikasi dapat menjejak rentetan bacaan anda.
Apakah yang dikira sebagai satu hari bacaan?
Membuka mana-mana rencana Wikipedia dalam aplikasi dikira sebagai satu hari bacaan.
Apakah yang berlaku jika saya terlepas satu hari?
Jika satu hari terlepas, rentetan bacaan akan berakhir. If it's still before the end date of , you may restart a streak.
Apakah ganjarannya?
Ganjarannya ialah diskaun 15% di Kedai Wikipedia.
Bagaimanakah saya boleh mengakses ganjaran tersebut?
Selepas mencapai 25 hari, ketik widget untuk membuka skrin ganjaran.
Promo code is applied automatically at checkout when you open the Add items to your bag, and then the discount code is applied automatically. If not please reach out to us through the support email from within the app and we will follow with you from there.
Berapa lamakah ganjaran boleh diakses?
Ganjaran akan tersedia sehingga akhir bulan Julai. Jika anda menggunakan lencana tersebut dalam Tab Aktiviti, lencana itu akan kekal tersedia selepas cabaran berakhir.