Jump to content

"Kekalkan log masuk" dilanjutkan hingga setahun

From mediawiki.org
This page is a translated version of the page "Keep me logged in" extended to one year and the translation is 100% complete.

Pada Selasa, 16 Ogos 2016 sekitar 15:00 UTC (8.00 pg PDT), sesi log masuk diubah supaya boleh bertahan sehingga setahun di laman web Wikimedia. Ini hanya menjejaskan pengguna yang memilih pilihan untuk Biar saya kekal log masuk pada skrin log masuk. Ketika ini, pilihan ini hanya kekal selama 30 hari.

Pengguna yang tidak mencentang Biar saya kekal log masuk tidak akan terjejas oleh perubahan ini. Anda dapat keluar lebih cepat dengan mengklik butang "Log keluar" di sudut kanan atas skrin Anda, atau dengan menghapuskan cookie untuk tapak web.

Soalan

Apa alasan untuk perubahan ini?

Semasa pengguna secara eksplisit memilih sesi yang lebih lama, terdapat gunanya melakukannya selama lebih dari 30 hari. Log masuk lebih lama mengurangkan masalah penyunting dilog keluar tiba-tiba. Tempoh log masuk dahulunya lebih lama dan dipendekkan kepada 30 hari sahaja beberapa tahun lalu susulan perubahan pengendalian kuki kami. Ramai pengguna sejak itu meminta format panjang dikembalikan.

Adakah ini menjejaskan kuki yang tidak berkait dengan log masuk?

Tidak.

Di wiki mana ini dikenakan?

Perubahan ini digunakan untuk semua wiki WMF dalam semua bahasa, termasuk Wikipedia, Wikikamus, Meta, MediaWiki.org dan lain-lain.

<span id="If_my_wiki_shows_the_Biar saya kekal log masuk_time_period,_will_that_be_accurate?">

Jika wiki saya tunjuk tempoh masa Biar saya kekal log masuk, adakah itu tepat?

Kebanyakan wiki menggunakan mesej lalai, yang hanya mengatakan, Biar saya kekal log masuk, tanpa mengkhususkan tempoh maksimum. Jika demikian, mesejnya akan tetap sama.

Jika wiki anda guna parameter mesej, mesej itu akan memaparkan panjang baharu itu secara automatik. Anda tidak perlu mengubah apa-apa. Mana-mana wiki boleh pilih untuk tunjukkan tempoh dengan sunting MediaWiki:Userlogin-remembermypassword menjadi, "Kekalkan log masuk (sehingga $1 {{PLURAL:$1|hari}})". Perisian akan memasukkan tempoh masa yang betul di mana "$1" berada dalam frasa ini secara automatik. Jika mahu, Anda dapat menyalin dan menerjemahkan contoh dari Wikipedia bahasa inggris untuk wiki Anda.

Jika wiki anda menggunakan mesej tempatan tersuai dengan masa sedia ada (cth., "Kekalkan log masuk selama sebulan", tanpa parameter "$1"), sila ubahnya segera supaya parameter tersebut digunakan. Menggunakan parameter bermakna pengguna anda akan sentiasa mendapat maklumat yang tepat mengenai aturan ini.

Adakah sesi log masuk yang sedang berlangsung akan terkesan dengan segera?

Sesi yang sedang berlangsung tidak akan terjejas. Pengguna tidak akan dilog keluar awal dan sesi yang sedang berlangsung tidak akan dilanjutkan. Perubahan ini berkuat kuasa selepas anda log masuk semula dengan Biar saya kekal log masuk dicentang.

Adakah ini mematuhi Dasar Privasi?

Ya, pasukan Perundangan telah mengesahkan perubahan ini mematuhi Dasar privasi.

Lihat juga